PENGENALAN

Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (38930-H) adalah sebuah syarikat milikan RISDA dibawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 22 April 1978 dan telah bertukar nama baru kepada RISDA Security And Services Sdn. Bhd. pada 07 November 2014.

VISI

Peneraju sektor perkhidmatan berintegriti.

MISI

Menyediakan Khidmat Kawalan Keselamatan, Pengurusan Harta, Pengurusan Majlis dan Dagangan Am yang lebih komited dan berinovasi demi kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF KORPORAT
  • Menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan yang berdisiplin, disegani dan mematuhi undang-undang dan peraturan berkuatkuasa.
  • Meningkatkan kecekapan Pengurusan Harta RISDA bagi memastikan pulangan yang maksimum.
  • Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Majlis yang berkualiti dan berinovasi.
  • Memperluaskan produk dagangan dan mengukuhkan jaringan perniagaan.
  • Membantu menaikkan taraf hidup pekebun kecil dengan peningkatan pendapatan melalui peluang perniagaan.