Laman Rasmi Web RISDA Security and Services Sdn. Bhd.
Laman Rasmi RSS
SELAMAT DATANG
ke laman web rasmi RISDA SECURITY AND SERVICES SDN. BHD.
Laman Rasmi RSS
previous arrow
next arrow
Selamat Datang

 

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi RISDA Security and Services Sdn. Bhd. (RSS)

 

“Inovasi, Kepercayaan dan Kejayaan” merupakan moto kami bagi tahun 2025 yang mencerminkan aspirasi dan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan serta produk yang berkualiti tinggi, merangkumi empat (4) teras utama perniagaan :-

 

1. Kawalan Keselamatan
Bidang kawalan keselamatan merupakan teras utama RSS sejak penubuhan kami. Pada masa ini, tertakluk kepada lesen dalaman yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), perkhidmatan keselamatan kami hanya dihadkan kepada entiti di bawah RISDA. Namun begitu, kami sedang giat berusaha untuk mendapatkan lesen penuh bagi mengembangkan skop perkhidmatan ke pasaran luar. Kami yakin, dengan kepakaran yang sedia ada, RSS mampu menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan yang berdaya saing dan boleh dipercayai kepada organisasi luar dalam masa terdekat.

 

2. Pengurusan Bangunan
Unit pengurusan bangunan merupakan nadi utama dalam operasi kami. Dengan sokongan pasukan yang berpengalaman dan berdedikasi, kami menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh termasuk penyelenggaraan teknikal, pembersihan, dan pengindahan kawasan sekitar. Pasukan kami bersedia mengenal pasti sebarang kerosakan dengan pantas dan memberikan penyelesaian segera demi memastikan bangunan sentiasa dalam keadaan optimum. Kami juga menitikberatkan aspek kebersihan dan landskap bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif, selesa dan profesional.

 

3. Pengurusan Majlis
Kami turut menyediakan perkhidmatan pengurusan majlis melalui pasukan operasi dan katering yang bertaraf empat (4) bintang. Perkhidmatan kami meliputi majlis perkahwinan, majlis rasmi dan pelbagai acara korporat yang boleh dilaksanakan di dewan milik kami atau di lokasi pelanggan. Kualiti sajian yang kami hidangkan adalah setanding dengan hotel-hotel terkemuka dan terus menjadi kebanggaan kami dalam setiap majlis yang diuruskan. Kami komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada setiap pelanggan dengan sentuhan profesionalisme dan layanan mesra.

 

4. Dagangan Am
Bidang dagangan am merupakan cabang perniagaan baharu yang semakin berkembang dalam RSS. Kami aktif menyertai pelbagai tender pembekalan di pasaran terbuka dan telah berjaya memperoleh serta melaksanakan banyak projek pembekalan barangan mengikut skop lesen kewangan yang diluluskan. Selain itu, kami turut memperkenalkan produk air mineral jenama kami sendiri yang kini mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengguna.

 

Di RSS, kami percaya bahawa kepercayaan pelanggan adalah asas kejayaan kami. Dengan semangat inovasi dan iltizam yang tinggi, kami sentiasa berusaha menambah baik mutu perkhidmatan demi memenuhi keperluan anda.

 

Hubungi kami hari ini untuk sesi konsultasi percuma dan ketahui bagaimana kami boleh membantu anda.

PRODUK & PERKHIDMATAN
KESELAMATAN

Aktiviti Khidmat Kawalan Keselamatan (Statik dan Sistem iCMS)

  • Komited dan Disiplin adalah teras kejayaan Kawalan Keselamatan kami. Sistem pemantauan yang efektif dan laporan yang disediakan adalah tepat dan mudah untuk difahami oleh klient menyakinkan mereka terhadap khidmat Kawalan Keselamatan dari RISDA Security adn Services sdn bhd.
URUSHARTA
  • Kami di RISDA Security and Services Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan pengurusan hartanah di seluruh Malaysia. Rakan strategik anda dalam menguruskan hartanah yang cekap dan profesional. Kami menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk pemilik hartanah, pelabur dan penyewa memastikan aset anda diuruskan dengan optimum dan memberikan pulangan terbaik.
PENGURUSAN BANGUNAN
  • Kami di RISDA Security and Services Sdn Bhd menyediakan penyelesaian pengurusan bangunan yang profesional, cekap, dan berinovasi. Dengan pengalaman yang luas dalam industri.
  • Kami memastikan setiap aspek bangunan anda dikendalikan dengan standard  tertinggi dari penyelengaraan hingga keselamatan dan kebersihan.
DAGANGAN AM

“Pilihan terbaik untuk keperluan perniagaan anda”

Kami adalah pembekal utama pelbagai produk berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan industri dan perniagaan anda. Dengan rangkaian produk yang luas serta perkhidmatan yang boleh dipercayai, kami memastikan pengalaman dagangan yang lancar dan selamat sampai kepada anda, berikut adalah kemahiran kami.

  1. Membekal barangan dan keperluan pejabat.
  2. CCTV dan sistem keselamatan i RAM.
  3. Kenderaan.
  4. Air Mineral.
PENGURUSAN MAJLIS

” Mengubah impan Anda Menjadi Kenyataan” Kami pakar dalam merancang dan menguruskan  Majlis yang sempurna, dari acara Korporat  hingga ke perkahwinan impian.

Kami juga mempunyai Dewan yang bekerjasama dengan kami antaranya Dewan Gemalasari, Dewan Audotorium Sultan Ahmad Shah di Pejabat RISDA Ampang Selangor dan Dewan Pusat Latihan RISDA RISDTEC di Port Dickson.

AKTIVITI TERKINI
PENGURUSAN RSS