PENGENALAN

Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (38930-H) adalah sebuah syarikat Kumpulan RISDA Holdings (KRH) dibawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 22 April 1978 dan telah bertukar nama baru kepada RISDA Security And Services Sdn. Bhd. pada 07 November 2014.

VISI

Peneraju sektor perkhidmatan berintegriti.

MISI

Menyediakan Khidmat Kawalan Keselamatan, Pengurusan Harta, Pengurusan Majlis dan Dagangan Am yang lebih komited dan berinovasi demi kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF KORPORAT
  • Mengoptimumkan keupayaan kakitangan.
  • Menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan yang berdisiplin, dipercayai, mematuhi undang-undang dan peraturan terkini.
  • Meningkatkan kecekapan Pengurusan dan Pembangunan  Hartanah RISDA bagi memastikan pulangan yang maksimum.
  • Menyediakan perkhidmatan Pengurusan Majlis yang berkualiti dan berinovasi.
  • Memperkenal dan memperluas produk sendiri dan usahawan bagi  membantu menaik taraf hidup pekebun kecil.